MYHA YES2012-KHIDMAT KOMUNITI:SEJAHTERA DI USIA EMAS

SABTU | 10 MAC 2012

Elemen kepimpinan, kesukarelaan, kemasyarakatan dan kepimpinan yang dipupuk dalama YOUTH EXCHANGE & STUDY PROGRAMME (YES2012) kini semakin dekat di hati para belia, termasuk mahasiswa IPTA.

Bertempat di Noraini Nursing Home, Kajang, Selangor seramai 60 orang mahasiswa dari Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bersama sukarelawan Malaysian Youth Hostels Association (MYHA) mengadakan khidmat komuniti yang dikenali dengan nama YES2012-KHIDMAT KOMUNITI : SEJAHTERA DI USIA EMAS

Pelbagai aktiviti di adakan seawal jam 6 pagi hingga 2 petang. Antaranya ialah memandikan dan mengurus diri warga emas, memasak sarapan, minum pagi dan makan tengahari, beramah mesra, perkongsian pengalaman, membersihkan tempat tidur dan tandas serta bilik mandi warga emas. Turut di adakan ialah aktiviti mengecat bangunan pusat jagaan ini.

Turut hadir dalam aktiviti ini ialah Dr. Abdullah Noel (Pengasas Noraini Nursing Home), Puan Noraini (Pengasas Noraini Nursing Home), Dr. Khadijah Elavi (Pensyarah di FSSK UKM) dan Saudara Khairul Annuar Mansor (Presiden MYHA merangkap EXCO MBM).

Tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang menjayakan aktiviti ini. Kepada ALLAH SWT kita berserah untuk membalas budi baik kalian semua.

RIZAN HASSAN-Exco MYHA

Lagi gambar-gambar di http://www.facebook.com/media/set/?set=a.318658194857874.74039.100001410879331&type=1

Posted in Program, YES | Leave a comment

MYHA YES2012- Program Usahasama Pendidikan Malaysia – Indonesia

Sumber: Utusan Malaysia, Isnin 5 Mac 2012

Posted in Keratan Akbar, YES | Leave a comment

MYHA YES 2012 – Kesusahan Hidup Insafkan Siswa

Posted in Keratan Akbar, YES | Leave a comment

MYHA BERSAMA WARGA EMAS HADIRI KARISMA NGO

Kami telah berada di Noraini Nursing Home (pusat jagaan warga emas) seawal jam 6 pagi bagi tujuan membantu petugas di sana mempersiapkan penghuni di sana menghadiri KARISMA NGO BERSAMA YAB PERDANA MENTERI di Stadium Putra, Bukit Jalil.

Seramai 15 orang sukarelawan belia terdiri dari Malaysian Youth Hostels Association (MYHA), Malaysian Youth Indian Council (MIYC) Bangi dan pelajar dari UITM dan Giatmara hadir membantu.

Ianya sesuatu yang menyeronokkan walaupun kami berdepan dengan pelbagai cabaran yang menguji mental dan fizikal kami.

TERIMA KASIH kepada semua yang membantu

Lagi gambar-gambar di http://www.facebook.com/media/set/?set=a.314443491946011.73109.100001410879331&type=3

Posted in Program | Leave a comment

Karnival Pelancongan Belia 2012, Putrajaya.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Sekretariat Youth Tourism Fair 2012:

+6013 2171240 (Sharifah), +6018 3823777 (Ismail)

Posted in Program | Leave a comment