Program

MYHA BERSAMA WARGA EMAS HADIRI KARISMA NGO

Kami telah berada di Noraini Nursing Home (pusat jagaan warga emas) seawal jam 6 pagi bagi tujuan membantu petugas di sana mempersiapkan penghuni di sana menghadiri KARISMA NGO BERSAMA YAB PERDANA MENTERI di Stadium Putra, Bukit Jalil.

Seramai 15 orang sukarelawan belia terdiri dari Malaysian Youth Hostels Association (MYHA), Malaysian Youth Indian Council (MIYC) Bangi dan pelajar dari UITM dan Giatmara hadir membantu.

Ianya sesuatu yang menyeronokkan walaupun kami berdepan dengan pelbagai cabaran yang menguji mental dan fizikal kami.

TERIMA KASIH kepada semua yang membantu

Lagi gambar-gambar di http://www.facebook.com/media/set/?set=a.314443491946011.73109.100001410879331&type=3