MYHA PEDULI Program

BANTUAN SEGERA KE RUMAH KASIH NURUL HASANAH

RABU | 26 JULAI 2012

YCARE-Majlis Belia Malaysia yang mengadakan Program Sejam Bersamamu telah membuat satu hebahan bahawa terdapat keperluan mendesak di Rumah Kasih Nurul Hasanah di mana rumah kebajikan ini telah hangus terbakar sebulan yang lalu.

Sebagai tanda sokongan kepada usaha murni rakan-rakan di YCARE-MBM dan semangat kemanusiaan yang tinggi, Malaysian Young Humanitarians, sebuah unit khas bantuan kecemasan yang dikendalikan oleh Malaysian Youth Hostels Association (MYHA) dan BELIATEKAT telah tampil menghulurkan sumbangan berupa makanan dan keperluan harian untuk para penghuni rumah berkenaan.

Kepimpinan tertinggi Majlis Belia Malaysia yang diketuai oleh Presidennya, Saudara Mohamed Maliki Mohamed Rapiee turut tampil menghulurkan bantuan.

Tahniah kepada YCARE-MBM di bawah kepimpinan Saudara Abdul Rizam Mohd Akhir yang aktif dan sensitif terhadap isu-isu sebegini. Terima kasih kepada semua yang terlibat yang menghulurkan bantuan tenaga dan wang ringgit.