Info

NOTIS: MESYUARAT PERHIMPUNAN AGUNG TAHUNAN (MPAT) PERSATUAN ASRAMA BELIA MALAYSIA (MYHA) KALI KE – 55 BAGI TAHUN 2012

13hb November 2012                                  No. Rujukan Kami : 05/112012/AGM (   )

 

Ahli Jawatankuasa Kerja Kebangsaan,

Pengerusi Negeri-Negeri,

Setiausaha Kehormat,

Ahli Jawatankuasa Kerja Negeri.

 

Saudara/Saudari,

 

NOTIS: MESYUARAT PERHIMPUNAN AGUNG TAHUNAN (MPAT) PERSATUAN ASRAMA BELIA MALAYSIA  (MYHA) KALI KE – 55 BAGI TAHUN 2012

 Adalah saya dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas. Dimaklumkan bahawa saudara/saudari di jemput menghadiri Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT) Persatuan Asrama Belia Malaysia mengikut fasal (10.2) untuk melaksanakan tanggungjawab perwakilan pada tarikh dan tempat seperti berikut :

Tarikh             :    1 – 2 Disember 2012

Tempat           :     Virgo Batik Resort, Persiaran Teluk Batik,

                                 Teluk Batik, 32200 Lumut,

                                 Perak Darul Ridzuan.

Pendaftaran :     1 Disember 2012 (Sabtu)

                                                (1.00 ptg hingga 3.00 ptg)

Sehubungan dengan itu di minta semua MYHA negeri menghantar seramai 10 orang perwakilan bagi menghadiri mesyuarat perhimpunan agung tahunan pada tarikh diatas.

Pihak MYHA kebangsaan juga mohon kerjasama saudara/i untuk mengambil perhatian beberapa perkara berikut:

  1. MYHA kebangsaan hanya menyediakan penginapan (secara Twin Sharing/Quad Sharing) dan makan minum untuk perwakilan MPAT sahaja.
  2. MYHA negeri perlu menghantar senarai nama-nama perwakilan melalui faks ke sekretariat MYHA Kebangsaan dengan kadar segera (nyatakan jantina bagi urusan penginapan).

 

Sekian, untuk tindakan dan makluman saudara/i selanjutnya.

“BERILMU, BERAMAL, KREATIF”

1 BELIA: 1 MALAYSIA

 

Yang benar,

MOHAMAD ARIF BIN ABDUL RASHID

Setiausaha Agung

Persatuan Asrama Belia Malaysia