Info

KERJASAMA DEKATI BELIA AKAR UMBI

Malaysian Youth Hostels Association (MYHA) sebuah badan pertubuhan belia yang juga badan gabungan Majlis Belia Malaysia menghulurkan jalinan kerjasama dengan Jawatankuasa Pembangunan Manusia, Gejala Sosial dan Dadah dalam menganjurkan beberapa program bercorak khidmat komuniti kepada kepada kumpulan sasar yang dikenalpasti perlu didekati.

Senarai program yang bakal dilaksanakan antara Februari hingga April 2013 ialah:

1. Iqra’…Bacalah! – Kempen mengumpulkan sumbangan 5000 naskah Al-Quran untuk diwakafkan kepada Sekolah Tahfiz/Sekolah Pondok.

2. Sejahtera Di Usia Emas (Bukan Muslim) – Menziarahi, membantu mengurus diri, membersihkan kawasan tempat tidur, makan dan beriadah bersama penghuni rumah jagaan warga emas

3. Masih Ada Yang Sayang – Ziarah dan perkongsian pengalaman serta motivasi kepada golongan belia wanita di institusi pemulihan akhlak

4. Ar-Rahman Ar-Rahim – Ziarah dakwah dan motivasi diri kepada pesakit kronik

5. Change for Life – Pemeriksaan dan nasihat penjagaan kesihatan dari rumah ke rumah

6. Midnite Run: Food for Homeless – mengedar barangan pembersihan diri, pakaian baju-T baru, pemeriksaan kesihatan dan makanan kepada gelandangan

7. Bengkel Pemahaman Belia Mengenai Kepekaan Gender – kerjasama dengan LPPKN

8. Bakti Tangan Emas – Belia Berkemahiran menabur khidmat pemeriksaan pendawaian elektrik di institusi kebajikan

9. Resurgam! – Mendekati pesalah juvana di Sekolah Henry Gurney

10. Silang Budaya – Program keluarga angkat yang berbeza adat resam

Sehubungan itu, golongan belia yang ingin menceburkan diri dalam kegiatan kesukarelaan yang juga tidak pernah melibatkan diri berpersatuan di galakkan untuk turut serta dalam program-program yang diaturkan.