Info

BANTUAN UNTUK PEMULIHAN REMAJA HAMIL

08 Februari 2013 – Masyarakat tidak perlu khuatir dengan peranan kerajaan dalam menangani isu remaja hamil luar nikah kerana telah menyediakan rumah pemulihan dan perlindungan sejak 1975 walaupun tidak diuar-uarkan. Pusat pemulihan dan perlindungan setakat ini mencukupi dan memadai dengan bantuan 14 NGO yang mempunyai kepakaran menjaga gadis bermasalah dengan aktivitinya dipantau kerajaan.

Cumanya, idea tentang penambahbaikan amatlah diperlukan termasuk usaha-usaha secara holistik bagi membantu golongan remja berkenaan berdepan dengan senario semasa selepas keluar dari pusat tersebut.

Untuk itu, pelbagai aktiviti bercorak khidmat masyarakat, kemahiran dan dialog akan digerakkan oleh MBM menerusi Jawatankuasa Pembangunan Manusia, Gejala Sosial dan Dadah.

Sukarelawan di kalangan belia wanita yang mempunyai kemahiran dalam bidang kaunseling, pendidikan awal kanak-kanak dan perubatan digalakkan untuk tampil menabur khidmat bakti di pusat ini.

Kunjungan Jawatankuasa Pembangunan Manusia, Gejala Sosial dan Dadah MBM disertai oleh Saudara Khairul Annuar Mansor, Presiden Malaysian Youth Hostels Association (MYHA) dan disambut oleh Timbalan Pengetua Taman Seri Puteri, Puan Zuraidah.