Info

PROGRAM DEKATI BANDUAN

 

08 Februari 2013 – NGO belia seperti Majlis Belia Malaysia sentiasa membuka ruang bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam usaha memastikan kesinambungan program pemulihan dan penyeliaan yang lebih berkesan kepada banduan dengan harapan dapat memberikan peluang kedua kepada golongan tersebut untuk meneruskan kehidupan melalui proses integrasi dalam komuniti.

Jawatankuasa Pembangunan Manusia, Gejala Sosial dan Dadah MBM telah mengadakan perbincangan kerjasama pembangunan program-program pemulihan kepada banduan. Usaha ini di sambut baik oleh Pejabat Parol Negeri dan untuk program pertama nanti akan di adakan bersama Pejabat Parol Daerah Ampang.

Program yang di cadangkan itu nanti lebih berbentuk kepada usaha bersama:

1. Mengurangkan kadar residivis (Penghuni Berulangkali Masuk Penjara)

2. Mendorong penghuni berkelakuan baik

3. Memberi peluang untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai

4. Mewujudkan penglibatan yang tinggi daripada masyarakat

5. Mengurangkan kos operasi penghuni dalam penjara

6. Membantu mengurangkan kesesakan dalam penjara

Turut sama dalam kunjungan perbincangan tadi ialah Saudara Khairul Annuar Mansor, Ahli Dewan Tertinggi MBM merangkap Presiden Persatuan Asrama Belia Malaysia dan IP Mahadir, Timbalan Ketua Pejabat Parol Daerah Ampang.