Info

MALAYSIAN YOUNG HUMANITARIANS BERSEDIA KE FILIPINA

KENYATAAN RASMI
MALAYSIAN YOUNG HUMANITARIANS BERSEDIA KE FILIPINA

Salam 1Belia 1Malaysia

Malaysian Young Humanitarians (MYH), sebuah unit kesukarelaan dan bantuan kemanusiaan di bawah Malaysian Youth Hostels Association (MYHA) melahirkan rasa sedih dan berduka ekoran kejadian Taufan Haiyan, iaitu taufan terkuat dan paling dahsyat pernah melanda Filipina. Apa yang berlaku di Pulau Leyte dan Samar serta beberapa wilayah lain seperti Iloilo, Capiz, Cebu, Palawan, Masbate, Aklan, Surigao del Sur dan Bandar Raya Zamboanga mengundang rasa simpati yang mendalam bagi seluruh keluarga Komuniti Asean khususnya di kalangan para belia.

Selain kehilangan banyak nyawa dan , hara benda, situasi panik dan huru hara menambahkan keadaan menjadi lebih buruk. Atas semangat kemanusiaan, MYH kini sedang menunggu isyarat dari rakan kerjasama kami Humanitarian Affairs Asia dan Humanitarian Affairs London bagi misi bantuan kemanusiaan ke wilayah yang terjejas. Status terkini ialah menunggu kelulusan dari pemerintah Filipina bagi tujuan misi tersebut.

Bagi mereka yang ingin turut serta dalam misi ini, segala kos adalah tanggungan sendiri. Mereka yang mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam pengurusan bencana alam dan pegawai perubatan serta pembantu perubatan amatlah dialu-alukan untuk menjadi sukarelawan. Jika berminat, sila kirimkan butiran diri anda ke mdrizanhassan@gmail.com atau secretariat@humanitarianaffairs.org

Seluruh keluarga Malaysian Youth Hostels Association dengan ini mendoakan agar suasana kembali tenang dan operasi mencari dan menyelamat berjalan dengan lancar serta bantuan kemanusiaan akan banyak di salurkan kepada mangsa yang terjejas.

FILIPINA, KAMI BERSAMAMU.

KHAIRUL ANNUAR MANSOR
Presiden Malaysian Youth Hostels Association (MYHA)
12 November 2013