Membership

PERMOHONAN MENJADI AHLI

(1) Syarat-syarat untuk menjadi ahli pertubuhan belia ini adalah seperti berikut :

(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang daripada 15 tahun dan tidak melebihi 40 tahun;
(c) Sanggup mematuhi peraturan atau perlembagaan pertubuhan belia ini pada setiap masa;

(2) Permohonan untuk menjadi ahli pertubuhan belia ini hendaklah dibuat dengan mengisi borang ahli dan hendaklah dihantar kepada Setiausaha untuk dikemukakan kepada Jawatankuasa Kerja Pertubuhan Belia untuk kelulusan.

(3) Jawatankuasa Kerja Pertubuhan Belia boleh menolak mana-mana permohonan untuk menjadi ahli tanpa perlu memberi sebarang sebab dan keputusannya adalah muktamad.

(4) Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan hendaklah membayar bayaran masuk dan yuran tahunan yang pertama.


Muat Turun Borang Keahlian (Offline)

Borang Keahlian On-line Mengikut Cawangan Negeri-negeri:

Negeri Selangor

Negeri Sembilan

Negeri Perak

Wilayah Persekutuan

Negeri Johor

Negeri Kelantan

Negeri Kedah

Negeri Pulau Pinang