Fiesta Titian Cinta 2012

Bersempena dengan KARNIVAL PELANCONGAN BELIA (YOUTH TOURISM FAIR) 2012, MYHA akan menganjurkan FIESTA TITIAN CINTA (LOVELANE) yang akan menjadi salah satu daripada acara yang akan menjadi tarikan bagi karnival ini. Fiesta ini akan berlangsung pada 23-27 Mei 2012, di Presint 2, Putrajaya (berhadapan dengan Kementerian Kewangan)

MYHA juga mensasarkan acara Persandingan Paling Ramai yang akan melibatkan pasangan yang baru berkahwin untuk bersanding beramai-ramai di tapak karnival ini.

Terdapat juga pelbagai kursus akan diadakan semasa fiesta ini seperti kursus kahwin, kursus fotografi, kursus andaman dan grooming, dan lain-lain! 🙂

 

Oleh itu, kami mengalu-alukan penyertaan dari agensi perkahwinan dan perancang perkahwinan untuk menyertai tapak pameran yang kami sediakan sepanjang program ini. Selain dari penyertaan tapak pameran, kami juga mengalu-alukan sumbangan di dalam bentuk penajaan wang tunai, barangan atau apa sahaja voucher berkaitan dengan perkahwinan:

Katering, penyedia kanopi, pelamin, busana pengantin, jurugambar, wedding planner, penyedia hantaran, gubahan, dan lain-lain! 🙂

Terima kasih kepada rakan media rasmi kami, KAHWINMALL.COM ! 😀

Untuk sebarang pertanyaan berhubung penyertaan tapak /penajaan atau sumbangan/ kolaborasi, sila berhubung dengan:

Encik Rafi : +6013- 3441433 atau emailkan kepada: rafizuddinrazali@gmail.com

JUMPA ANDA DI PUTRAJAYA!