Youth Exchange and Study Programme (YES)

Program Pertukaran Belia telah menjadi suatu aktiviti yang semakin dipraktikkan oleh kebanyakan negara. Program Pertukaran Belia Malaysia-Kota Pariaman bukan sahaja boleh mengeratkan hubungan antara negara, bahkan juga dapat meningkatkan kerjasama antara belia yang terlibat dari pelbagai sudut terutamanya kebudayaan, pendidikan,teknologi, ekonomi dan juga kerjasama sosial. Melalui program seperti ini, peserta bukan saja dapat meneroka budaya serta bidang baru yang ada di negara terbabit, tetapi juga menimba pengalaman tentang nilai kesukarelawan dalam aktiviti yang telah dirancang.

OBJEKTIF PROGRAM

Mengeratkan hubungan belia antara negara Malaysia dan negara yang terlibat

Memupuk nilai persahabatan dan kesukarelawan dalam kalangan belia dan memberi peluang meneroka ilmu dan budaya di negara lain.
Membantu belia mengenali potensi diri sendiri dan membimbing peserta untuk mengembangkan potensi mereka ke arah impak yang cemerlang.

PERLAKSANAAN PROGRAM

Perlaksanaan program akan menjalankan aktiviti-aktiviti seperti berikut :
1. Lawatan kunjungan hormat kepada pemimpin tempatan
2. Lawatan Institusi
3. Dialog bersama belia tempatan
4. Khidmat Komuniti:
– Maths and English Fun Learning
– Go Green Programme
5. Persembahan Kebudayaan
6. Aktiviti kerohanian
7. Homestay

Program ini akan menumpukan isu-isu seperti berikut :

-Mengenali potensi diri
-Penyampaian idea
-Pendidikan
-Kerja berpasukan (team building)
-Nilai kesukarelawan
-Pemikiran Glokal
-Nilai kerohanian

Kalendar YES 2012:

1. YES ke Kota Pariaman, Sumatera Barat                              17 – 21 Feb 2012
2. YES Belia Kota Pariaman ke Kuala Lumpur                         5 – 8 Mac 2012
3. YES Belia Philippines ke Kuala Lumpur
4. YES ke Manila, Philippines
5. YES berkonvoi ke Cambodia
6. YES Kembara Keretapi ke Laos
7. YES Belia Australia ke Kuala Lumpur
8. Yes ke Jepun
9. YES ke Korea
10. YES ke Hong Kong
11. YES ke Eropah